Tuesday, August 17, 2021

Qat'u serta pengertiannya

 Pengertian Qat'u

1)    Qat'u dari segi bahasa :

        Memutuskan

2)    Qat'u dari segi istilah :

   Memutuskan bacaan untuk tujuan berhenti kerana sesuatu yang tiada kaitan  dengan bacaan, contohnya       seperti menyelesaikan bacaan bagi waktu tersebut.

NOTA TAMBAHAN 

Perbezaan antara Qat'u dengan waqaf

Qat'u   : Qat'u  ialah berhenti kerana sudah selesai membaca al-quran.

Waqaf : Waqaf ialah berhenti seketika kerana mengambil nafas baru dan ingin membaca ayat seterusnya.


RUJUKAN : Buku Tajwid Menurut Riwayat Hafs An-Asim

Saktah serta pengertiannya

 Pengertian Saktah (س)

1)    Saktah dari segi bahasa :

        Berdiam.

2)    Saktah dari segi istilah :

        Memberhentikan bacaan tanpa memutuskan nafas  sekadar tidak lebih  dari dua harakat kemudian            meneruskan bacaan  tersebut dengan nafas yang sama.


Contoh tempat saktah ada 4 :

1)    عوجا :

    
    

        (1-2:Alkahfi)


2)    مرقدنا :

                  

        (52:Yasin)


3)    من  راق :

        (27:Al-Qiyamah)

4)    بل ران :


        (14:Al-Mutaffifin)


RUJUKAN : Buku Tajwid menurut Riwayat Hafs  An-Asim

Tuesday, July 20, 2021

Hukum Dalam Pembahagian Waqaf

 Hukum berkaitan 3 pembahagian waqaf antaranya ialah :

1    Waqaf Ikhtibari   : harus, kerana sedang mempelajari hukum kalimah. Oleh itu, haruslah mengulang kembali kalimah sebelumnya untuk menyempurnakan ayat tersebut.

2     Waqaf Idtirari   :  harus, kerana disebabkan terpaksa mengambil nafas.Oleh itu seseorang itu haruslah mengulang kembali ayat tersebut untuk melengkapkannya.

3      Waqaf Intizhari    : harus, disebabkan mereka membaca ayat alquran dalam pelbagai bentuk qiraat yang telah diajarkan oleh guru-guru mereka secara talaqqi ataupun musyafahah.


RUJUKAN : http://ahliquran.blogspot.com/2008/10/mengenal-waqaf-dan-ibtida.html

Monday, July 19, 2021

Jenis Waqaf

Antara 3 jenis waqaf itu ialah :

1)    Waqaf Taufiqi :        Waqaf Taufiqi adalah waqaf di setiap penghujung ayat.

         

2)  Waqaf Nabawi:    Waqaf Nabawi adalah waqaf di pertengahan ayat yang panjang, seperti yang dibacakan oleh Jibril AS kepada Rasulullah SAW.Selain dinamakan waqaf nabawi juga dinamakan waqaf jibril atau waqaf sunnah.

          contoh :


Tanda bagi Waqaf Nabawi adalah berbeza-beza
Jumlah keseluruhan Waqaf Nabawi adalah 17


3)   Waqaf Ijtihadi :      Waqaf Ijtihadi adalah waqaf yang memerlukan tempat yang baik untuk berhenti kerana kehabisan nafas, tanpa membawa makna yang boleh merosakkan. Tanda-tanda waqaf ijtihadi ditunjukkan seperti di bawah.

             contoh :          

  1. لا   = haram berhenti jika masih ada nafas 
  2.  م   = wajib berhenti
  3.  ج = berhenti boleh, sambung boleh
  4.  صلى  = waqaf Siliy = sambung lebih baik 
  5.  قلى  = waqaf qiliy = berhenti lebih baik 
  6.  ...  ..   = waqaf "ta'anuq"  berhenti pada salah satu tanda itu. Tak boleh berhenti di kedua2nya. 

   


Jikalau tiada tempat berhenti dan akan kehabisan nafas, maka haruslah gunakan ikhtiyar kamu sendiri:

Sebagai contoh :

1.     رِئَآءَ ٱلنَّاسِ  "riya’ manusia" 
dilarang berhenti di antara 2 kalimah yang membawa satu maksud.

2.    إِبۡرَٲهِـۧمَ وَ إِسۡمَـٰعِيلَ  
Jika sebelum dan selepas wa itu baris hujung kalimahnya sama, maka dilarang berhenti di kalimah sebelum wa dan mula selepas wa.

lebih baik berhenti di وَ إِسۡمَـٰعِيلَ.  


 NOTA TAMBAHAN

dilarang berhenti pada kalimah harf :

hafu jarr     : من الي عن علي في رب ب ل

harfu nasb  :ان ان كان  ليت لعل لكن او ام


RUJUKAN : https://sites.google.com/site/cerminhidup/tajwid/22-waqof-ibtida-dll

Saturday, July 17, 2021

Pembahagian Ibitida`

 Pembahagian Ibtida` terbahagi kepada dua iaitu:

1.    Ibtida` Jaiz (Permulaan harus)

Memulakan bacaan dari segi makna dan lafaznya yang sempurna.


2.    Ibtida` Qabih (Permulaan tidak elok)

Memulakan bacaan dari segi makna dan lafaznya yang tidak sempurna seperti merosakkan atau menimbulkan keraguan terhadap makna ayat tersebut, kerana makna dan lafaznya masih terikat dengan ayat sebelumnya atau membawa makna yang tidak sesuai.


RUJUKAN: buku tajwid al-quran rasm uthmani

Pembahagian Waqaf Ikhtiyari

Para ulamak qurra` berselisih pendapat, dan pendapat paling termasyhur ialah: 

1.    Waqaf Tam (Berhenti sempurna)
Menghentikan bacaan dengan sempurna dari segi makna dan lafaznya. Dalam Al-Quran Rasm Uthmani diberi tanda waqaf (ۘ ), contohnya: 

۞إِنَّمَا يَسۡتَجِيبُ ٱلَّذِينَ يَسۡمَعُونَۘ وَٱلۡمَوۡتَىٰ يَبۡعَثُهُمُ ٱللَّهُ ثُمَّ إِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ  


2.    Waqaf Kafi (Berhenti memadai)
Menghentikan bacaan dengan sempurna dari segi lafaznya, tetapi masih terikat dari segi makna kalimah sebelum dan selepasnya. Dalam Al-Quran Rasm Uthmani diberi tanda waqaf ( ۗ  ), contohnya: 

 وَلِذَٰلِكَ خَلَقَهُمۡۗ وَتَمَّتۡ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَمۡلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ أَجۡمَعِينَ  


3.    Waqaf Hasan (Berhenti baik)
Menghentikan bacaan dengan sempurna dari segi makna, tetapi masih terikat dari segi lafaz dengan kalimah sebelum dan selepasnya. Dalam Al-Quran Rasm Uthmani diberi tanda waqaf (ۖ  ), contohnya: 

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ  


4.    Waqaf Qabih (Berhenti tidak elok)
Menghentikan bacaan dengan tidak sempurna dari segi makna dan lafaznya kerana masih terikat dengan kalimah sebelum dan selepasnya. Dalam Al-Quran Rasm Uthmani diberi tanda waqaf (ۙ  ), contohnya: 

قُلۡ أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَٰتُۙ وَمَا عَلَّمۡتُم مِّنَ ٱلۡجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَهُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ ٱللَّهُۖ 


Pada pendapat lain pula ialah: 

1.    Waqaf Ja`iz (Berhenti harus)
Menghentikan bacaan tidak sampai merosakkan maknanya. Pembaca boleh berhenti ataupun meneruskan bacaannya. Dalam Al-Quran Rasm Uthmani diberi tanda waqaf ( ۚ  ), contohnya: 

مَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَلَا هَادِيَ لَهُۥۚ وَيَذَرُهُمۡ فِي طُغۡيَٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ  


2.    Waqaf Ta`anuq (Berhenti berikat)
Menghentikan bacaan antara salah satu simbol waqaf tersebut, tidak boleh berhenti pada kedua-duanya sekali. Dalam Al-Quran Rasm Uthmani diberi tanda waqaf (ۛ ), contohnya:
ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ 

RUJUKAN: buku tajwid al-quran rasm uthmani

Pembahagian Waqaf

 Pembahagian waqaf terbahagi kepada empat iaitu:

1.    Idtirari / terpaksa : Waqaf ini terjadi jika seseorang itu menghentikan bacaan kerana nafas pendek, bersin, batuk atau terlupa. Maka seseorang itu mestilah mengulangi bacaan ditempat ia berhenti dengan makna yang sesuai. 

2.    Intizari / menunggu : Waqaf ini biasanya digunakan oleh orang yang pelajari ilmu qiroat. Iaitu menghentikan bacaan dengan cara bacaan yang berbeza (qiroat).

3.    Ikhtibari / memberitahukan : Waqaf ini digunakan oleh guru untuk menguji muridnya. Waqaf ini dibolehkan hanya dalam proses belajar sahaja dan sebenarnya tidak boleh waqaf menurut kaedah ilmu tajwid. 

4.    Ikhtiyari / pilihan : Seseorang menghentikan bacaan kerana kehendak sendiri tanpa sebarang asbab atau darurat. Waqaf ini pula terbahagi kepada beberapa bahagian. 


RUJUKAN: sumberilmu.blogspot.com/2012/02/waqaf-dan-ibtida.html

Thursday, July 15, 2021

Makna Waqaf Dan Ibtida`

 WAQAF

Waqaf secara mudah difahami ialah menahan atau menghentikan bacaan. 

Manakala secara terperinci pula ialah memutuskan kalimah dengan kalimah selepasnya untuk mengambil nafas yang baru apabila hendak membaca semula.

 

IBTIDA`

Ibtida` pula ialah menyambung bacaan setelah berhenti (Waqaf). 

Secara terperincinya ialah menyambung bacaan dengan mengulang ayat yang sesuai dari belakang ataupun menyambung bacaan dengan meneruskan ayat selepasnya. 


RUJUKAN: buku tajwid al-quran rasm uthmani

Pendahuluan

 Bismillah, Assalamualaikum salam dari kami untuk semua yang berada disini. Pertama sekali kita harus bersyukur pada Tuhan kerana masih diberikan nikmat kehidupan yang sangat besar. Dan disini kami akan menerangkan sedikit sebanyak tentang tajwid yang berkenaan dengan WAQAF DAN IBTIDA`


Waqaf dan Ibtida` adalah salah satu ilmu yang penting kita pelajari sebelum memulakan bacaan Al-Quran. Kerana keduanya akan membawa maksud ayat-ayat Al-Quran, dengan ini kita akan lebih memahami dan menghayati ketika membacanya.